FOLLOW Aleeya's Touch!

Aleeya's Touch "Help me I need a MAKEOVER Competition SEASON 1

27 June 2010

Tips dan Petua untuk menghilangkan eyebag/hitam bawah mata!

Macam biasa.. Aleeya akan suruh korang minum air kosong/mineral/suam sebanyak 8 GELAS SEHARI!

kenapa ek? asik-asik petua si Aleeya ni suruh minum air.. x de petua lain ke?


jawapan dia ialah...

1. MINUM AIR -

 kalau unta pon boleh bawak extra air dlm badan dia, korang ingat manusia ni tak bole ke? korang rasa-rasa selain kulit kering dan tak bermaya bila tak cukop air dalam badan, kat mana lagi air bole tersimpan?

YERRR DI BAWAH MATA KORANG TU! kalau korang ni semua jenis yang suka minum air waktu malam 1-2 jam before tido, maknanye korang dengan SEGALA HORMATNYE MENJEMPUT gelembung bawah mata tu. YERR... air manusia dia simpan kat situ! bkn macam UNTA punye bonggol kat belakang dia tu... UNTA bole jugak dia simpan air tu untuk kegunaan dia di masa tak de air.  yang korang ni pulak? simpan air bawah mata buat apa? DEGIL LAGI ALEEYA DAH KATA JANGAN MINUM AIR 1-2 JAM BEFORE TIDO KAN? SOO MALAM NI PI TENGOK JAM SEBELUM NAK TIDO.... kalau korang dah TERMINUM pukol 10mlm... silalah tido kol 12mlm ekk? HAHAHA... sape suruh korang menepati masa tidur? (ceyhh macam diri sendri patuh pulak masa tidur kan?) tapi mesej ini untuk kebaikkan korang jugakk


Apa akan jadi bila minum air? yerr korang akan selalu lah berjumpa dengan MR TANDAS! kalau korang jenis malas nak jumpa MR TANDAS... kirim salam laa nak ubatkan diri sendiri tu. bila kite kerap jumpa MR TANDAS bila dah bamyak minum air tu, kite akan membuang segala toxic dalam badan kite. clear the skin dah makin berkurang lah puffyness under your eyes tu... insyaAllah :)


2. TEA BAG!

HAAA... kata eyebag! meh kiter treat dia guna TEA BAG PULAK... berkesan ok!... macam mana cara-cara dia? Sila amik uncang teh yang telah dicelup-celup (buat laah teh panas secawan bagi kat mak ke, abah ke, suami ke, adik ke) pastu perah sikit lebihan air kat uncang teh tu, dah sila baring sambil tekapkan mata anda dengan uncang teh tu.. macam dlm gambar kat bawah ni selama 20-30 minits (agak-agak lah berapa lama korang rajin nak buat) pastu basuh muka terus lepas buat



3. TIMUN or TOMATO

Stock kan timun atau tomato banyak-banyak dalam peti ais korang tu :)  bagus tau terbukti berkesan! caranya.. HIRIS TIMUN ATAU TOMATO dalam dua hiris, pastu lekap kan kat mata macam kite buat utk uncang teh tu... pilih mana satu yang berkenan di hati :)

4. COLD EYE PADS

Haaa rajin bangun pagi sebelum pegi keje tu. kalau korang jenis suka pakai alarm, sila awalkan 20-30minits supaya korang bole pegi amik cold eye pads nih kat dalam petia is, pastu sambung tido balik selama 20-30 minit tu.. pastu baru lah korang bole siap2 dengan rutin biasa korang. TUJUAN dia supaya, bagi kesegaran dibawah mata anda untuk hari yang ceria! tak caya cuba lah! alaaa korang bole pegi cari bende ni kat pharmacy jek!


5. EYE CREAM

Sapa kata eye cream tu tak perlu? PERLU OK! SILA AMALKAN pemakaian nye setiap hari pagi dan petang! kulit di bahagian mata kite sangat sensitif dan halus, so kene jaga baik-baik.. Aleeya sekarang guna Garnier eye roller tu... korang bole laaa pakai apa2 eye cream or eye roller yang sesuai dengan korang ok! janji pakai!



6. COMPUTER/LAPTOP/ TV

Wah... ini peneman baik kite kan tetiap hari? tapi dia lah jugak musuh kite kalau TEROVER SANGAT MENGUNAKANNYA DALAM SEHARI. mata akan menjadi penat, letih dan lesu apabila continuosly duduk menghadap COMPUTER/LAPTOP/TV ni... soo ini jugak menjadi punca kepada gelap bawah mata..

cara terbaik untuk atasi masalah ini ialah... letak laa pokok warna HIJAU yang fresh di meja anda.. atau carilah pemandangan kehijau-hijauan untuk dipandang selama 10-15min ... ini dapat merehatkan mata sebentar dan menyihatkan mata :)



7. CONCEALER

YER.. apa lagi yang dapat nak ditolong selain mekup kan? pakailah CONCEALER untuk menutup hitam bawah mata korang tu. pakai lah brand apa yang korang sesuai pakai... macam Aleeya, Aleeya guna Almay eyeshadow base + concealer + lip base ... dia sekali 3 in 1! sangat berbaloi dan berkesan. ini lah jugak yang Aleeya guna untuk mekup model2 ku itu!


8. TIDUR

tidur lah tidur.. tidur yang cukup juga membantu menghilang kan hitam bawah mata tu... so tidur lah dengan cukupnya yaa!!!

9. MAKANAN

Kurangkan makanan pedas! kurangkan makanan berempah.. nak tahu kenapa? sila rujuk tips dan petua ini.

itu sahaja.. sekian terima kasih!~~

7 comments:

Anonymous said...

tenz utk tips ni sis.btw seriusly suka sgt dengan cara akak makeup.nmpk kemas.teringin nak dimake over oleh akak.huhu

Mashii said...

air air dan air....

Unknown said...

oke !
baru tau tak bole mnum air 1-2 jam sblm nak tdo (:
thnx kak leeya 4 d info !

e.l.i.z.@ said...

ouh rupanya mmg xleh minum air 1-2jam b4 tdo..alamak..mcm penah je buat gitu..

hurmmm kalu minum air pas bgn tdo tanpa gosok gg tu bagus kan?

Aleeya Zailan said...

nsyzwni & eliza: yupp x bole amalkan selalu meminum air sebelum tidur tu... bole ada kantung mata :).. kala sekali sekala x pe lah bila dah haus sgt :)

eliza: yup minum air lepas bangun tidur tu mmg bagus... lagi2 kalau dikumur2 dulu dalam mulut kite sebelum diminum... ai mmg dengar geli sikit tapi itulah kebaikkannye sangat byk!

:)

Anonymous said...

kalau nak pakai teabag tu, teabag kene sejuk or panas? tq

Aleeya Zailan said...

nak pakai teabag tu mesti sejuk or room temperature ok.. :)