apa cerita pisang? petua pisang? |
cara yang pertama ialah gunalah BIO-OIL selalu...
dan kalau anda rasa-rasa bio oil tu agak mahal sedikit, silalah guna baby oil johnsons baby yang warna hijau tu.
cara2 dia ialah:
sapukan seluruh area yang berparut tu. (contoh kalau kat tangan, sapukan kat seluruh tangan) sapu sampai kering... jangan biarkan ada kesan lembab2 minyak dikulit. biarkan minyak tu serap masuk ke dlm kulit kite.
selepas kering baby oil tu, bole la sapukan lotion yang mengandungi vitamin e atau/dan aloevera
insyaAllah dengan pengunaan yang kerap, kesan parut akan beransur hilang.
Aleeya ada satu kesan parut kene kipas kat tangan. memula tu mmg hitam la kan. tapi sebab rajin apply baby oil lotion tu, rupa dia tak adalah seobvious masa memula kene.. tapi it takes time lah. now dah few years pon.. kesan parut tu mcm nampak x nampak dah.. alhamdulillah....
ok bagi yang baru aje terkene parut hitam tu kesan daripada terkena minyak panas masa mengoreng ikan ke apa, atau ter kene hair culler rambut or thong! sila ikuti tips dan petua ini! sangat menakjubkan ok!
sejurus selepas terkena parut tu, silalah ambil kulit pisang! kulit pisang tu kupas layer pertama dia, dan buang layer kedua dia...
cuba tengok kat kulit pisang tu... still ada kulit warna putih tu kan.. kulit layer warna putih tu lah yang kite nak! dialah ubat untuk parut hitam kite! |
ambil layer pertama kulit pisang tu dan apply dekat tempat parut selama 15min atau sehingga kering. (jangan mengada nak tonyoh2 ke apa yer.. just lekapkan ke kulit yang terkene parut tu saje..
insyaAllah esok kulit anda clear! dalam masa seminggu, kulit anda akan nampak seperti kulit asal semula dan tiada kesan parut hitam langsung!
sebelum muka kite berparut sebegini, eloklah igt petua kulit pisang Aleeya nih yer :) |
ia juga baik untuk mereka yang muka berjerawat! selepas jerawat pecah, cepat2 letak kulit pisang.. insyaAllah bekas jerawat tidak kelihatan lagi!
parut Aleeya terkene thong rambut tu lebih hitam daripada parut dalam gambar ini.. tapi sekarang, tak ada kesan langsung! kulit muka sekata je selepas pakai kulit pisang! |
psst: Aleeya actually terkena Thong rambut panas kat muka (di pipi kiri) dan masa tu dah siap mekup nih nak pergi ajar mekup class.. x sempat nak letak icepack ke apa semua..
next day baru la letakkan kulit pisang tu.. dan result dia, sangat menakjubkan! teruja! x de parut kat muka pon! nampak mcm kulit biasa!
tak percaya? cuba pi on kan iron baju tu panas2.. pastu letak kat kulit korang! lol... pastu letakkan kulit pisang.. gerenti mujarab!
adios dan selamat mencuba!
4 comments:
ade parut jerawat degil kat muke nih. hari nih jugak saye cube. :D
ape2 jns pisang pn ok ke kak?
pisang ape yg nk gne..just lekapkan kulit pisang tuh kat muke 15 minit ke?xleh tenyeh ye..
Wah!!! Nanti ayu nk try... Baru wujud 1parut best kt kepala...
Post a Comment