FOLLOW Aleeya's Touch!

Aleeya's Touch "Help me I need a MAKEOVER Competition SEASON 1

17 February 2010

NEED A MAKEOVER? HOW TO GET ONE FOR FREE?

Haaaa... korang nak FREE MAKEOVER TAK? mesti korang semua nak tahu macam nak dapatkannye for free kan? meh laa.... aleeya bagitau korang.... actually Aleeya ada buat pertandingan untuk korang semua sertai... "HELP ME I need a MAKEOVER!" contest... 

awal bulan haritu Aleeya dah update dah pasal terms and conditions on how to win this competition... kalau sesiapa tak paham bahasa melayu, sila laa rujuk di ruang label "COMPETITION" di sebelah kiri blog ni.. scroolll laa sampai dapat yer?

entry ni khas untuk korang yang nak memahami lebih mendalam tentang terms and conditions untuk pertandigan tu dalam bahasa melayu! sooooo here it goess...

alaaaa yang ni tak de laa pulak version bahasa malaysia kan.. korang pon mesti paham punye... simple english kan?

 UNDIAN RAKAN2 MEMBANTU ANDA UNTUK MENANG!!!


* Hantarkan gambar natural (tanpa make-up) isteri/tunang/kekasih/ibu/anak/adik/kakak/rakan (dengan izin mereka) atau gambar anda sendiri dan nyatakan kenapa anda memerlukan makeover by aleeya’s touch!

*  Hantarkan gambar dan cerita anda ke email aleeyazailan@yahoo.com dan gambar anda akan disiarkan dalam Aleeya’s Touch facebook group.

* Kongsi penyertaan anda dengan rakan2 dengan:

i) Klik ‘SHARE’ pada gambar anda dan hantar kepada semua rakan anda
ii)  Tayangkan gambar anda dalam profile facebook anda


Kawan2 anda boleh mengundi anda dengan menekan ‘LIKE’ button pada gambar anda dalam album Aleeya’s touch facebook group

Tarikh akhir penyertaan : 28 Februari 2010

Undian bermula pada 1 Mac 2010 (apabila gambar disiarkan dalam Aleeya’s Touch)

Tarikh akhir undian : 31 Mac 2010 jam 11.59pm

Hadiah2 menarik yang boleh menambah penampilan dan keyakinan diri menanti anda!!

-         1 pemenang bertuah akan memenangi 1 jam sesi fotografi dengan jurufoto professional
(anda boleh membawa pasangan – rakan/ibu/kakak/adik/suami/tu) 
-         1 x 96 eyeshadow palette
-         1 x set make-up brush
-         1 x sesi makeover untuk sesi fotografi

HADIAH2 DITAJA OLEH HONDA GLOBAL AMITY…




Syarat2 penyertaan

-         Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
-         Perempuan sahaja yang boleh menyerati pertandingan ini.. 
-         Dapatkan seberapa ramai rakan2 anda untuk mengundi anda dengan menekan symbol ‘like’ dalam Aleeya’s touch album
-         Peserta dengan undian paling banyak akan memenangi 1 sesi makeover dan fotografi
-         No spamming, gambar lucah dan mesej yang tidak berkaitan
-         Pemenang akan diumumkan pada 1 April 2010
-         Sesi ‘FUN PHOTOSHOOT’ mesti diadakan di studio fotografi kami dia Shah Alam, Selangor
-         Sesi makeover dan photoshoot mesti diselesaikan sebelum 31 May 2010
-         Peserta dibawah umur 18 tahun mestilah mendapat kebenaran ibu bapa dahulu.
-         Penyertaan adalah terhad kepada seorang bagi setiap satu pernyertaan.
-         Keputusan pihak penganjur adalah muktamad
-         Pihak penganjur berhak menarik balik hadiah sekiranya pemenang tidak memenuhi syarat2 pertandingan
-         Pihak penganjur berhak menyiarkan gambar yang telah dihantar tanpa persetujuan peserta.
-         Peserta dianggap telah bersetuju dengan syarat2 penyertaan apabila menyertai pertandingan ini.


Sertai kumpulan ‘Aleeya’s Touch’ di facebook sekarang!
Sertai kumpulan penaja rasmi kami ‘HONDA GLOBAL AMITY’ sekarang!




Jadi.. tunggu apa lagi…  Ajak rakan2 anda join facebook group aleeya’s touch dan bersedia untuk mengundi!!

Pemenang akan diumumkan secepat mungkin!



bole laa korang dapat sesi fotografi yang macam ni...

by Aleeya's Touch


photo by:  adiputragraphy
make up by: Aleeya's Touch

tapi tu kat luar.. outdoor korang tau outdoor? panas terik melahang! tapi nnt aleeya bagi korang dok dalam ekon okayy! kite buat dalam studio! baru la best!


macam ni ke? 
makeup by: Aleeya's Touch
Photography by: Aleeya's Husband! ahhahaha


macam ni ke? tapi ini aleeya tipu korang laa.. ini bukan studio ok? ini kat rumah ok! hahahaa.... angin2 tu i pakai kipas kecik je ok! lol... 

cepat masuk contest tu cepat! jangan sibuk nak tengok gambo anak dara orang je! hehehe


09 February 2010

SKINCARE PRODUCTS DAN BAHAYANYA MENANTI ANDA YANG MALAS!



me in RED KEBAYA with the flower girls dan kakak flower girls... ada diamond lagi tu kata kakak mira :P




jeng jeng jengg... SKINCARE PRODUCTS DAN BAHAYANYA MENANTI ANDA YANG MALAS...membaca LABEL! lol.. jangan marah haaa! nanti cepat tua and berkedut muka tu.. senyum sikit! :)



Tarikh itu bukan sebarang nombor. Ia memberi tahu kita tentang produk apa yang kita apply pada diri kita, apa yang kite makan dan masuk dalam badan kita. Mungkin kerana kita lalai untuk melihat tarikh luput sesuatu barang yang kita beli, ia akan mengundang bahaya kepada kita. sama juga macam kite pergi pasar nak beli ikan... FOR SURE korang tgk mata ikan tu merah ke tak kan? kalau merah tu maknanye ikan tu dah lama.. tak fresh lagi.. so pegi cari ikan lain yang masih fresh.. baru laaa sedap makan... tekak kita bole bezakan makanan yang basi dengan yang tak basi.. TETAPI KULIT KITA? 

untuk mereka yang berkulit sensitif, amatlah penting untuk anda membaca apa isi kandungan produk yang anda beli. manalah tau kalau-kalau anda allergic kepada nuts(contoh)? karang tak pasal-pasal je kite mencari pasal nak kene pi hospital kan? so sama lah juga untuk anda melihat tarikh pengilangan produk yang ingin anda beli tu. selalunya tarikh pengilangan nih di tulis dalam bentuk MFG.  CONTOHNYE... 


MFG atau Manufacturing date of the product is 28 MAY 2009.




Haaa... yang ni lotion NIVEA ok... MFG dia 12 MAY 2009

OK... lepas kite tengok MFG date of the product, apa lagi kite perlu tahu? ada sesetgh orang dia suka mengumpul barang cosmetics dan skincare dalam masa yang lama... dan tidak mengunakannya dalam masa yang ditetapkan. contohnyerr...



nampak tak logo yang ada tulis 12M tu.??? apa  12M tu ekk? tunggu jap kite tengok lagi contoh..


ehh APASAL tadi 12M jenama GARNIER GAK... yang ni plak 6M... apa bende ni?



24M ?



36M pulak?

by this time kurang sure dah bole agak kan? apa M tu stands for? dia stands for MONTH!

MAKNANYA disni.... selepas dari tarikh pengilangan (MFG) tu... sesuatu produk akan bertahan selama maksimum 5 tahun ataupun 3thn on shelf daripada MFG date.

logo di atas ini mengambarkan setelah sesuatu produc telah dibuka, ia bole digunakan dalam masa yang berkenaan iaitu seperti apa yang tertera dilogo barang anda , 12M bermakna 12 bulan, 24M bermakna 2 tahun atau 24 bulan dan seterusnya. 

Jika anda membukanya dan membiarkan produk anda tidak berguna selama lebih dari sebulan dua atau lebih, hendaklah kamu menghidu dan melihat peruhan daripada segi color or texture produk itu. ini dikhuatiri produk itu rosak.. sooo sebelum korang beli and simpan barangt tu lama-lama.. adalah baik kamu guna dalam masa yang ditetapkan.



nampak tak logo tangan dan buku tu?
itu bermakna anada perlu refer to the booklet inside the package for more info on the product :)

dan lagi.. berkenaan dengan logo 



nampak tak triangle yang ada arrow dan dalam dia ada NO 2? itu bermaksud, the types of plastic used for this packaging. plastic no 2! HUHU dan yang hitam dengan arrow ying yang tu macam biasa laa RECYCLING LOGO!

so hari ini kite telah belaja untuk membaca label produk!

tetapi korang jangan lupa. tak semua barang sama tarikh luput or tarikh after opening dia tu. ada sesetengah produk contohnye maskara, tak da period after opening punye logo. sebab logo ni tak semestinye perlu diletak oleh pengusaha. tetapi logo itu penting kepada kite.


EYE-CREAMS, AND BABY PRODUK selalunya perlu digunakan 6 BULAN selepas dibuka. 

MASKARA hendaklah ditukar setiap 3 BULAN selepas dibuka

LIPSTIK, AND SKINCARE selalunye bertahan setahun selepas dibuka

manakalah POWDER DAN BLUSH, bole bertahun selama 2TAHUN.. contoh 
nampak tak 24M tu? OK.. yang ni MAC punye pwder bronzer... last up to 2 years ok.. paham murid2?


now mari kite berkongsi macam mana nak jaga our skincare produk ok?



SKINCARE TIPS!


1. JANGAN letak semua skincare produk anda di dalam bilik air! kenapa? sebab dalam bilik air terlalu humid udaranya dan temperature untuk meletak skincare produck adalah sangat tidak bagus.


2. JANGAN letak skincare product anda di tempat yang terlalu EXTREME sejuk, panas atau merubah dari tempat terlalu sejuk kepada terlalu panas. Anda dinasihatkan untuk meletak skincare produk anda di tempat yang cool and dry place :)


3. GUNAKAN sterile disposable plastic spatulas or swabs dan bukan jari anda apabila hendak mengunakan krim didalam jar. ini bagi mengelakan bakteria dari tangan anda merebak ke dalam krim anda.


4. TUTUP kesemua jars anda tightly dan buang atau lap krim yang berlebihan disisi jars itu setiap kali selepas menguna.


5. GUNA produl skincare anda dalam "PERIOD OF OPENING" ie 12M, 6M, 24M dan tidak melebihi tarikh tersebut


6. BACA LABEL pada botol atau kotak produk anda sebelum membeli, dan elakan daripada membeli barang yang sudah EXPIRED!




oh kalau korang nak info lanjut pasal barang kosmetiks korang ke, skincare ke apa ke (produk anda yang tak ada MFG OR LABEL) sila lawati website ini... CLICK SINI! ... KNOWN AS A DATE CALCULATOR WEBSITE FOR COSMETICS!

Fatin Makeover!

Sebab hari ini bosan sangat duduk rumah tak de nak buat apa... i decided nak update blog lagi... kali ini kite akan tengok makeover untuk Fatin pula...




Ini akan di siarkan gambar Fatin before and after the MAKEOVER! posing sakan laa minah ni lepas di makeover kan.. baju dia pon kite makeover kan skali... x seswaii ok pegi makeover pakai t-shirt! uh uh... jom kite tengokk!!


budak ni tak payah mekup pon dah cantik! natural beauty gitu!


ini gambar dari tepi pulak... sebab ada beberapa gambar AFTER di ambill dari tepi juga!


oppss ini gimik ajer!!!! untuk mengaburi pandangan anda! hehehe joking2!


TADAAAAA!!!~~~~ ini lah Fatin selepas di makeoverkan oleh Aleeya's Touch!

nak lagi tak?


lawa takkkk???





dan mari kite sama-sama saksikan GAMBAR BEFORE AND AFTER MAKEOVER DUDUK BERSEBELAH-BELAHAN! hhehe



sekian terima kasih!!!!

07 February 2010

Kena Patuk dengan ULAR!!!~

Adoiiii sakitt! sapa nak tolong tarikkan ular nih? dia dah gigit kat belakang Aleeya tapi tak mau lepas-lepass... masa tu tengah tidur berbaring. rasa sakit yang sampai tak bole terkata-kata... tak mampu bergerak :( tapi alhamdulillah ada orang yang tidak dikenali tolong menghulurkan bantuan... dengan separa tidak sedar setelah di patuk or digigit ular tu Aleeya nampak tangan orang tu saja yang tolong menarik ular tadi daripada terus mematuk/mengigit belakang ku!... dan nak tau tak ular tu besar mana? alahaii kecik saje..... adalah panjang pembaris panjang budak2 sekolah tu... ini kiranye anak ular laa :( macam mana ntah ular ni bole masuk dalam bilik kami... pastu dia bole gigit orang masa tgh berbaring? ajaib sunnguh! tau-tau je dah kene patuk! adoiiyaiii!!!!


apa makna mimpi cam gitu ekk? iyer itu mimpi sahaja.. bukan betul.... Aleeya dok google sana.. google sini dah banyak orang kata kalau orang belum kawen atau masih anak dara, mimpi ular tu maknanye ada orang nak masuk meminang... tapi ini... Aleeya dah sah jadi bini orang.. macam mana pulak ada ular kecik ni bole patuk/gigit pulak? hurmm... kalau orang cina kata mimpi ular ni maknanya rezeki... rezeki apa lah kan? Alhamdulillahhh....


oh yer.... lupa pulak.. sepatutnye kite bercerita pasal folic acid kan?

kalau nak dijadikan cerita kenapa aleeya pilih folic acid nih ialah sebab Aleeya mempunyai masalah rambut gugur dan sikit! sangat tak best! soo pada suatu hari yang lepas... masa buatkan MAKEOVER untuk FIONA, kami decide nak pegi ke kedai KARLOS si Hairstylist faveret kami.. best saloon dia! kalau korang nak datang sana bawak husband pon lagi bagus,, while si Karlos potong rambut korang, suami korang boleh hembus-hembus asap(bagi yang hisap rokok laa) dan pada masa yang sama korang bole order makan  sekali ok! dan makan dalam saloon ok! bestt wehh! 

Aleeya ni punye laa sakit hati dengan rambut dulu yang rosak tu telah diselamatkan oleh Karlos...(sebab potong rambut pendek dan pakai wig!)  sambil-sambil bercakap tentang rambut dan apa cara nak buat rambut lebat lagi.... si Karlos ni pon bukak cerita... wife dia stewardess, dan kawan kepada wife dia nih ada pegi jumpa seorg dokter ni dekat malaysia laa jugakkk.. dekat USJ... dia kata jumpa jer dokter ni, nanti dokter tu akan INJECT korang sekali sahaja... pastu tunggu laa TIGA bulan untuk rambut tu tumbuh dengan lebatnye!

dan part yang paling best skali ialah.. bila si Karlos ni cakap, stewardess tu  dah tumbuh bulu roma dengan banyak dan jayanya... dan juga jari dia ada bulu-bulu sikit macam ala-ala lelaki punye bulu kat jari-jari tu... dan si Karlos ni kata comell! dia kata lagi, rambut memang sah-sah tebal laa! tak menyesal laa pegi INJECT tu.. basically semua rambut laa tumbuh! hahahaa

dan dalam perjalanan pulang, Aleeya call laa abg iparku, dia juga seorang dokter! dokter yang popular laa juga... call dan tanya" Abg Ami... kenal tak Dokter ..... dekat USJ? hairstylist Aleeya kata dia bole INJECT kite dan rambut akan lebat?" jeng jeng jeng!!... nak tau apa Abg Ami kite jawab? dia kata... JANGAN PEGI INJECT TU! nanti misai janggut semua tumbuh! hahahaha tak pasal-pasal je kan? tapi dia suggest untuk makan FOLIC ACID 5MG...

untuk pengetahuan korang.. folic acid ni murah giler ok! harga dia dalam RM5-7 jer.... bawah RM10 laa untuk SEBULAN OK! bagi perempuan yang pernah ngandung, mesti korang  tau pasal folic acid ni... untuk perempuan mengandung... RDA untuk folic acid ialah 6MG.... so korang pegi laa pharmacy and mintak folic acid... 3MG pon dah kire ok dah!

inilah gambar Fiona before and after makeover! actually gambar before tak amik masa tu, so ini Fiona yang hantar from her own collections! sebab eksited sangat nak main mekup-mekup... gambar before pon terlupa! tenkiu Fiona! Fiona ni lawa ok!

Fiona nak mekup ala-ala Megan Fox nih... eyeshadow dia pink-pink merah gitu.. very natural.. so tak de lah heavy sangat mekup Fiona haritu.... cuma kalau mata fiona kaler BIRU, lagi mengancam! SOO FIONA BILA KITE NAK PI BELI KONTEK LENS NIH!

Ini lah si Fiona dengan si Karlos! Happy giiler si Fiona nih.. tapi rambut dia lawa OK! TAK PERLU INJECT LAGI!


tak caya korang tengok rambut si Fiona nih.. teball gilerr! tapi dia kata tak cukup tebal lagi! duh.. tak tahu lah minah ni nak tebal camana lagi!

lawakan Fiona? macam artis gituu! 


04 February 2010

Vitamin E sambung semalam punye entry!

Hari ini dan Vitamin E... rasa-rasanya korang semua mesti boringkan bila baca blog macam baca buku sekolah pulak? yang ada macam- graph pastu ada macam-macam quote sana sini situ? 

tau tauu.. korang boring.. oklahh arini kite cerita pasal vitamin E yang secara relax aje ok? tak payah banyak2 info yang nak kene klik sana.. klik sini.. klik situ! bosan ok bosan! hahaha....

sebenarnya.. Aleeya and hubby makan vitamin E untuk jaga kulit dan mencukupkan apa yang kami tak cukup makan(padahal makan dah terlebih cukop! tengok ajelah badan kami sorang-sorang... besar weyhh!). tapi penyebab utama makan vitamins ini semua termasuk Vitamin E ialah sebab hendak menjaga kulit dan menambah apa yang kurang... Aleeya dulu suka sangat baca-baca apa kelebihan vitamin itu dan ini... banyak sebenarnya khasiat vitamin lain... tapi kebanyakkannye juga ada untuk menjauhkan dari pelbagai penyakit dan mengubati penyakit dan bagi tak sakit(baerapa banyak DAN daaa!)


Vitamin E

Korang semua perasan tak? banyak tulis dekat botol losyen contohnya ST.IVES yang mengandungi VITAMIN E... enriched with Vitamin E, selain ST.IVES, PALMERS juga begitu Vaseline pon begitu. Korang nampak tak kelebihan Vitamin E kat situ? sah-sah memang bagus untuk kulit.. menjadikan kulit halus mulus dan gebu! apabila kite kurang makan atau ambil vitamin E, kulit kite akan cepat berkedut.. diulangi lagi CEPAT BERKEDUT! dan dengan adanya vitamin ini, dia membantu meningkatkan kelembapan kulit kulit disamping memberi keanjalan dan membuatkan kulit menjadi lebih elastic lagi! weyhh sapa taknak kulit jadi tegang kan? tak berkedut.. so korang.. islah makan vitamin E ok.. untuk kebaikan juga... vitamin E ni juga baik untuk kulit sesiapa yang sensitif dan SANGAT SENSITIF(macam Aleeya) contohnya sensitif dengan matahari(ceyh konon bajet puteri lilin la nih? podahhh! hehe) 

Dan kepada korang-korang sana yang duduk overseas tu.. sila-sila laah pandai2 mkn vitamin E atau kalau malas lagi nak makan vitamin atau takut makan ubat, korang guna je lah losyen ST.IVES tu ataupon PALMERS... losyen tu berdua memang terbukti paling bagus laa pada Aleeya laaa.. Vaseline.. ok laa so -so aje... tapi kalau takut bajet lari.. losyen apa2 pon tak pe.. janji ada VITAMIN E dan kalau bole enriched dengan ALOE VERA sekali ok! baik jaga kulit korang sebelum berkedut mcm orang SENIOR! uhukk uhukkk.... 

korang tak payah laa nak amik vitamin E dalam dos yang banyak giler.. jangan tamak ok? dalam 500iu tu dah mencukupi dah... bak kata abang iparku "BUKANNYE KITE NI MALNOURISH YANG NAK KENE MAKAN UBAT TU SEMUA LEBIH-LEBIH" soo cukup laa sekadar ala kadar! karang kalau terlebih.. korang jawab sendri ok!



Mari kite flashback balik cerita semalam yang pasal VITAMIN A DAN C.... kite kasi entry tu punye cerita pendek... 

Vitamin A tu membantu melambatkan penuaan, melindungi kulit daripada sinaran UV, dan Retinol A adalah salah satu bahan yang membantu merawat kulit berjerawat! Vitamin C pula ada vitamin yang membantu kulit kita untuk sembuh dengan cepat jika terluka. Ia juga membantu menambahkan colegen dalam kulit yang semakin berkurangan mengikut peringkat usia.... 


Fungsi ketiga-tiga vitamin ini ada sama... mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk melindungi kulit daripada harmful elements, melambatkan penuan dan yang paling penting ialah dalam merawat masalah JERAWAT!

sebelum ini saya tidak nafikan saya mengambil Imadeen. tetapi masa tu dekat New Zealand. adalah lebih kurang setahun lebih ambil Imadeen tu.. mahal bebb! tapi nak cantik punye pasal...  aleeya lagi rela beli Imadeen daripada makanan!

Dan lepas kawen, balik Malaysia..... Harapan hati nak juga laa makan Imadeen lagi... tapi sedih :( sangat sedih....... KENAPA ALEEYA SEDIH? sebabb..... kandungan yang ada dalam Imadeen di New Zealand adalah sangat berlainan dengan yang ada kat Malaysia nih... macam setengah je kandungan vitamin yang ada untuk Imadeen Malaysia berbanding New Zealand... sooo... daripada menghabiskan duit beli bende yang tak berfaedah (well bukan laa tak berfaedah.. cuma kandungan vitamin dia KURANG daripada dos biasa) 

itu lah yang keluar idea untuk makan vitamin berjenis2 asalkan lebih kurang sama dengan kandungan dalam Imadeen yang ada di New Zealand ataupon overseas.... KENAPA EKKK IMADEEN MALAYSIA PUNYE DOS SIKIT? pelik.. pelik...pelik.... 

So korang semua pikir laa sendri.... kalau rasa-rasa kulit tu banyak jerawat... sila lah amalkan petua dia atas... heeheheh ini petua moden ek? makan lah vitamins..... kalau tak suka makan ubat.. pegi laa makan sayur-sayuran, buah-buahan...daging-dagingann... hehehhe.. gurau aje......

OH YER LUPA PLAK... korang juga bole beli MULTIVITAMINS AND MINERAL ataupon MULTIVITAMINS sahaja.... tak payah beli mcm yang i beil tu...multivitamins pon dah mencukupi... cuma kalau korang OBSES GILER NAK JAGA KULIT... macam ALEYAA ni laa.. korang makan laa macam kuantiti yang aleeya amik tu ok? 


PERINGATAN KEPADA WANITA YANG MENGANDUNG.... jangan amik dos Vitamin A berlebihan macam i amik ok? sebab akan dikhuatiri akan menyebabkan bayi anda Cacat atau mengalami something somethong... basically kepada wanita hamil.. silalah tanya doktor anda untuk makan vitamins ini ok? jangan overdose!



macam ni pon bole.. dah cukup dah! picture taken from here



oh yer..kami nak jual game PS3 ini.... sapa berminat sila contact saya ok? aleeyazailan@yahoo.com untuk info lanjut tentang game itu semua sila klik sini!


bagi clear sikit gambo tu kan... hehehehe


PRE-PRDER ALMAY PRODUCT NOW!!!~ cepat tarikh akhir bole order ialah 14 February 2010!~


PRE-PRDER ALMAY PRODUCT NOW!!!~ cepat tarikh akhir bole order ialah 14 February 2010!~