FOLLOW Aleeya's Touch!

Aleeya's Touch "Help me I need a MAKEOVER Competition SEASON 1

17 February 2010

NEED A MAKEOVER? HOW TO GET ONE FOR FREE?

Haaaa... korang nak FREE MAKEOVER TAK? mesti korang semua nak tahu macam nak dapatkannye for free kan? meh laa.... aleeya bagitau korang.... actually Aleeya ada buat pertandingan untuk korang semua sertai... "HELP ME I need a MAKEOVER!" contest... 

awal bulan haritu Aleeya dah update dah pasal terms and conditions on how to win this competition... kalau sesiapa tak paham bahasa melayu, sila laa rujuk di ruang label "COMPETITION" di sebelah kiri blog ni.. scroolll laa sampai dapat yer?

entry ni khas untuk korang yang nak memahami lebih mendalam tentang terms and conditions untuk pertandigan tu dalam bahasa melayu! sooooo here it goess...

alaaaa yang ni tak de laa pulak version bahasa malaysia kan.. korang pon mesti paham punye... simple english kan?

 UNDIAN RAKAN2 MEMBANTU ANDA UNTUK MENANG!!!


* Hantarkan gambar natural (tanpa make-up) isteri/tunang/kekasih/ibu/anak/adik/kakak/rakan (dengan izin mereka) atau gambar anda sendiri dan nyatakan kenapa anda memerlukan makeover by aleeya’s touch!

*  Hantarkan gambar dan cerita anda ke email aleeyazailan@yahoo.com dan gambar anda akan disiarkan dalam Aleeya’s Touch facebook group.

* Kongsi penyertaan anda dengan rakan2 dengan:

i) Klik ‘SHARE’ pada gambar anda dan hantar kepada semua rakan anda
ii)  Tayangkan gambar anda dalam profile facebook anda


Kawan2 anda boleh mengundi anda dengan menekan ‘LIKE’ button pada gambar anda dalam album Aleeya’s touch facebook group

Tarikh akhir penyertaan : 28 Februari 2010

Undian bermula pada 1 Mac 2010 (apabila gambar disiarkan dalam Aleeya’s Touch)

Tarikh akhir undian : 31 Mac 2010 jam 11.59pm

Hadiah2 menarik yang boleh menambah penampilan dan keyakinan diri menanti anda!!

-         1 pemenang bertuah akan memenangi 1 jam sesi fotografi dengan jurufoto professional
(anda boleh membawa pasangan – rakan/ibu/kakak/adik/suami/tu) 
-         1 x 96 eyeshadow palette
-         1 x set make-up brush
-         1 x sesi makeover untuk sesi fotografi

HADIAH2 DITAJA OLEH HONDA GLOBAL AMITY…




Syarat2 penyertaan

-         Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
-         Perempuan sahaja yang boleh menyerati pertandingan ini.. 
-         Dapatkan seberapa ramai rakan2 anda untuk mengundi anda dengan menekan symbol ‘like’ dalam Aleeya’s touch album
-         Peserta dengan undian paling banyak akan memenangi 1 sesi makeover dan fotografi
-         No spamming, gambar lucah dan mesej yang tidak berkaitan
-         Pemenang akan diumumkan pada 1 April 2010
-         Sesi ‘FUN PHOTOSHOOT’ mesti diadakan di studio fotografi kami dia Shah Alam, Selangor
-         Sesi makeover dan photoshoot mesti diselesaikan sebelum 31 May 2010
-         Peserta dibawah umur 18 tahun mestilah mendapat kebenaran ibu bapa dahulu.
-         Penyertaan adalah terhad kepada seorang bagi setiap satu pernyertaan.
-         Keputusan pihak penganjur adalah muktamad
-         Pihak penganjur berhak menarik balik hadiah sekiranya pemenang tidak memenuhi syarat2 pertandingan
-         Pihak penganjur berhak menyiarkan gambar yang telah dihantar tanpa persetujuan peserta.
-         Peserta dianggap telah bersetuju dengan syarat2 penyertaan apabila menyertai pertandingan ini.


Sertai kumpulan ‘Aleeya’s Touch’ di facebook sekarang!
Sertai kumpulan penaja rasmi kami ‘HONDA GLOBAL AMITY’ sekarang!




Jadi.. tunggu apa lagi…  Ajak rakan2 anda join facebook group aleeya’s touch dan bersedia untuk mengundi!!

Pemenang akan diumumkan secepat mungkin!



bole laa korang dapat sesi fotografi yang macam ni...

by Aleeya's Touch


photo by:  adiputragraphy
make up by: Aleeya's Touch

tapi tu kat luar.. outdoor korang tau outdoor? panas terik melahang! tapi nnt aleeya bagi korang dok dalam ekon okayy! kite buat dalam studio! baru la best!


macam ni ke? 
makeup by: Aleeya's Touch
Photography by: Aleeya's Husband! ahhahaha


macam ni ke? tapi ini aleeya tipu korang laa.. ini bukan studio ok? ini kat rumah ok! hahahaa.... angin2 tu i pakai kipas kecik je ok! lol... 

cepat masuk contest tu cepat! jangan sibuk nak tengok gambo anak dara orang je! hehehe


4 comments:

Unknown said...

contest ni available untuk sume pmpuan kan? with or without tudung?

Aleeya Zailan said...

yup3.. open to semua perempuan di luar sana... tak kisah bertudung atau tidak :) u can join jugaa!!! :)

Chooyaya! said...

kesian saya.. saya dah terlewat 3 bulan nak join make over ni... hukhuk

Aleeya Zailan said...

Chooyayaa! Nanti ada lagi contest. tunggu eh? Follow us on fb laa... Nnt ada update lor. Okessss.